Jangan Lupe Follow tau!!!

Monday, November 1, 2010

Lafazkan kalimah Cinta..



Hi Salam Pagi Isnin....

helooo all... eam macam biasa lah kan klw dah pagi isnin mesti lalui mood 'monday blues'... eam pagi isnin nie lah Nadia rase mood monday blues nie melampau-lampau..hihihihi...rase cam nak tutup komputer sambung tidur lagi bagus.... huhuhuhuh..

So untuk melawan mood monday blues yang melampau-lampau nie Nadia nak post entry pasal Novel baru Nadia habis bace semalam... LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU.... Ok bagi Nadia novel nie memang best...Memang Nadia akui memang meleleh lah air mata Nadia masa baca Novel nie...hihihiiihihi...

Kalau nak bandingkan ketiga-tiga Novel dari SITI ROSMIZAH, Nadia rase novel nie memang ade kelainan yang tersendiri....walaupon ade jugak agenda kawin paksa..huhuhuu... ok lah u all baca lah sinopsis nie ye...huhuhu Nadia nak layan monday blues...hihihiihi

Penulis :- Siti Rosmizah.
Novel-novel penulisannya:- Andai itu Takdirnya, Cinta Kau dan Aku.. (yang memang best)

Senopsis:-

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

***********************

p/s:- kenapa susah sangat nak cakap i love u...???



TERIMA KASIH BACA ENTRY INI, SILA LAH COMMENT..^_^

2 comments:

  1. wah..ada gak wat ntry psl novel..best yer..cam kira dh baca..hahha...

    ReplyDelete
  2. hiiii :)
    kira cam tu lah...hihihihi :)

    ReplyDelete