Pages

Jangan Lupe Follow tau!!!

Friday, November 19, 2010

Punca Wanita Bosan Dengan Cinta.



Cinta cinta cinta..

Nadia pon bosan kalau dengar perkataan cinta ( ye ke?) hiiihihihiii Sebenarnya tak lah bosan sangat pon..kalau bosan pon sebab ade orang nie asik cerita pasal cinta je...gila tak bosan? asal jumpe je asik nak cerita pasal cinta die..macamlah die sorang je becinte..hahhahhahh..

Jom kita ambik tahu ape punca wanita bosan dengan cinta..lallalallalala :-





1 – Bosan dengan ikatan cinta

Ada sesetengah wanita yang tidak boleh hidup tanpa cinta. Bagi mereka, cinta umpama makanan harian seperti nasi. Bukan saja wanita, ada juga lelaki yang begini. Ada pula yang sangat bosan berkasih dengan orang yang sama sementelah jika mereka sudah menjumpai lelaki yang jauh lebih baik daripada anda.

Jadi sebagai lelaki, kalau sudah selalu sangat pasangan anda melahirkan rasa bosan kepada anda, sedar-sedarlah diri kerana mereka sebenarnya bosan dengan sikap anda yang mungkin tidak berubah. Meletakkan perumpamaan, anda berkahwin selama 15 tahun tetapi selama 15 tahun itu jugalah anda tidak perihatin atau mengucapkan ‘selamat hari lahir sayang’ bila tiba harijadinya, adakah rasa cinta itu akan wujud? Kalau sekali dua mungkin mereka akan menerimanya, tetapi jika anda masih gitu-gitu juga, ketahuilah, ia sangat membosankan.

2 – Bertemu dengan insan lain

Salah satu sebab mengapa wanita bosan dengan anda adalah kerana dia sudah bertemu dengan lelaki lain yang lebih baik daripada anda. Ini termasuklah dari segi rupa paras, penampilan, kewangan, pekerjaan dan banyak lagi aspek lain. Sebelum mendirikan rumahtangga, wanita biasanya akan mencari lelaki yang boleh memberi perlindungan untuk mereka. Mereka mahukan lelaki yang benar-benar boleh menjaga mereka sehingga ke tua. Tetapi kalau dia sudah bertemi orang lain yang jauh lebih baik daripada anda, sudah tentulah anda bukan lagi menjadi pilihannya.

3 – Berasa diri terabai

Tidak semua wanita memandang wang sebagai pakej utama dalam memilih lelaki. Sebaliknya, mereka mahukan lelaki yang boleh menjadi pelindung, mampu memberikan mereka kasih sayang dan perhatian.

Kalau wanita terasa dirinya diabaikan, pasti sukar untuk anda memenangi hatinya semula. Hati wanita, sekali pun dilihat lembut tetapi apabila sudah keras, baling ke dinding pun tidak dapat memecahkannya lagi.

4 – Anda tidak lagi dipercayai

Cinta umpama masa berlalu. Ia tidak akan menoleh ke belakang atau mengundur, sebaliknya akan terus berputar mengikut peredaran masa. Ketika menjalinkan hubungan, mungkin ada di antara sikap anda yang memualkan dirinya.

Mungkin juga sikap anda yang kaki perempuan, atau kaki temberang, membuatkan jiwa wanitanya memberontak. Apabila telah tiba masanya, mungkin timbul rasa bosan tahap gaban, dia tidak akan menoleh ke belakang lagi dan tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan anda yang mungkin pada ketika itu baru terhegeh-hegeh hendak berubah. Jadi berhati-hatilah, kerana bila hati wanitanya dilukai, anda juga yang akan terasa lukanya.

Eam cam ne para wanita sekelian anda tergolong dalam ketogeri yang mane??? hhahhahahha...Eam para lelaki pulak anda rase anda yang macam mana ne pulak?? jom lah kita renung-renung kan dan perbaikilah diri kita... okey wasalam...

p/s:- ingat ari nie nak half day...nak g mid valley...huhuhuhuhu jom kite jumpe kat sane..ingat nak cari kasut roda untuk si syawal...hari nie beday die yang ke-4...


TERIMA KASIH BACA ENTRY INI, SILA LAH COMMENT..^_^

No comments:

Post a Comment