huhuhuhuhu sabtu lepas sempat g tengok wayang ngan syawal n my sister... cerita ape lagi kan semestinye NYANGKUNG le...cerita nie memang terbaik wok...hihihiiihihi betul memang tak tipu punye lah dan jauh sekali kata-kata ini untuk membodek orang lain... kalau tak percaya jom kita g tengok..Nadia sanggup pergi lagi sekali...
Yang paling seronok sekali nak g tengok cerita hantu nie adalah si syawal... Memang memula agak takut die tak lepas masuk... Tapi budak jage kaunter tu cakap
" Eam boleh kot tapi kalau ade pape saye tak tanggung"
" maksud nye.." sampuk Nadia pulak..
" ye lah mane tau kalau lepas nie fobia ke.."
" ok.."
Tak de makne nye.. die lagi suke adelah tengok cerita hantu nie... Kalau u all nak tahu sampai kat rumah je abis satu cerita die ajuk balik... Part yang paling die suke, mase Lan pet pet tarik telinge hantu tu suruh balik...
Ape lagi pergi lah tengok cerita nie..hihiihihihihi...
Mai Nadia story mory sikit pasal cerita nie..:
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Ok cam ne cam teruja tak baca sinopsis nie...hihihihihi kalau tak baik tengok sendiri cerita nie..Nadia berani cakap lah cerita nie mesti pecah panggung le..( laalallalalala)
p/s:- Lepas tengok wayang kami tiga orang sempat g main jongkang-jongkit kat depan hospital... Nasib baik tak kene halau...llalallalallala