Pages

Jangan Lupe Follow tau!!!

Tuesday, February 22, 2011

Novel: Cucur Bawang & Kopi 'O'



Berjaya habis bace novel nie dalam mase satu hari satu malam.. start jam 8.00 pagi hingga jam 11 malam.. hahhahha.. Gile?? bagi Nadia kes nie tak de lah gile mane.. kejadian nie akan berlaku sekiranya novel itu terlalu best.. Yes Novel nie memang best beb.. memang berbaloi menghabiskan mase membace novel nie...

Walaupon ending novel nie agak Klise.. Tapi hendak sampai ke ending nye memang lain dari novel yang lain.. Nadia pon dah bosan dengan novel2 yang plot nye same saje iaitu kawin paksa.. walaupon novel nie pon melibatkan kawin paksa tapi bukan di paksa oleh mane2 pihak tapi terpaksa sebab kesalahan diri sendiri.. So memang best lah Novel nie..

ok mai Nadia cerita serba sedikat pasal novel nie..

Penulis :- Hasrudi Jawawi (Rudy Zone)
Bintang:- 4 bintang (Bagi Nadialah kan)

Sinopsis:-

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang' di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?


ok memang sinopsis tu Nadia copy paste je coz malas nak taip..hihihih.. Lagi pon kang Nadia cerita lebih2 kang ade pulak pihak yang marah coz membocorkan ending nye.. Kang tak pasal2 novel nie tak laku coz semua dah tau jalan ceritanya..

ok ape lagi pada sesiapa yang nak tau ape jalan cerita nye ape kate beli sendiri.. hihihi jangan marah ye..

p/s:- sekarang tengah bace novel dari penulis yang same iaitu Kau Ku Seru.. yang nie lambat sikit lah nak perhabiskan nya.. Nak tau kenape?? tungguuu...




TERIMA KASIH BACA ENTRY INI, SILA LAH COMMENT..^_^

1 comment: