Hi All...
Salam 1Malaysia..
Eam entry pasal novel menyusul lagi..hihihihi bulan nie tengah ketagih nak bace novel lah pulak kan.. hihihihi ok novel nie dah 2-3 hari Nadia habis bace.. baru hari nie nak bercerita pasal novel nie.. bukan ape macam malas nak menaip kan.. hihihihi.. Ok mai Nadia ceritakan pasal novel nie serba sedikit ye..
Tajuk : Cinta Aku Seadanya..
Penulis : Murni Aqila
Harga : RM 19.90
Penerbitan : Alaf 21
Sinopsis:-
ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya.
Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.
***********************************
Comment Nadia lepas bace nie adalah.. sungguh hebat penangan nye..hahhahha mau tak nye siap kene bace dalam bilik sengsorang coz air mate asik nak melelih je..hahhhah.. ye lah kan kang bace depan orang ramai mau ade yang kene gelak..hahhahha.. tapi memang best lah layan novel nie.. hihihihi..
Selalunya kita asik bace novel yang semestinya watak heroin nye cantik, menarik, tertarik dan macam2 lagi.. hihihihi tapi kali nie penulis cube nak beri kelainan kepada pembace yang asik disajikan dengan heroin yang cun melecun.. hihihihi walaupon akhirnya heroin nie jadi cantik.. tapi kisah cinta mase die hodoh lebih menarik.. eam bagi Nadia memang berbaloi lah menghabiskan duit beli buku nie.. hihihi..
ok Nadia chow dulu nnt Nadia nak update pasal cerita korea pulak ye.. tapi sedangkan sekarang Nadia dah habiskan bace satu lagi cerita baru dari Norhayati Berahim.. eam memang tak putus2 bace novel bulan nie.. hihihihi..
p/s:- stress dah berkurangan sekarang nie.. eam mungkin sebab sebulan nie asik bace novel je so tak fikirkan sangat pasal stress yang melande.. hihihihi..
TERIMA KASIH BACA ENTRY INI, SILA LAH COMMENT..^_^