Pages

Jangan Lupe Follow tau!!!

Monday, December 23, 2013

Jangan Takut Terbang Tinggi...

I belive I can fly
I belive I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wing and fly away

Hi semua..
Minggu nie di mulakan dengan new hope and new spirit... Nadia kalau rasa down memang suka dengar lagu lagu yang boleh naik kan semangat.. antara nya adalah lagu tu...hihihi I BELIVE I CAN FLY..


Kadang-kadang kita akan dengar jugak orang akan kata macam ni..

JANGAN TERBANG TINGGI SANGAT NANTI KALAU JATUH, SAKIT..

Tapi bagi Nadia lah kan mmg betul ape yang dikatakan tu but kita tengok lah jugak ape benda yang kita impikan dan harapkan... Kalau benda tu boleh kita pergi setinggi tingginya apa salah nye kan.

Tapi tulah kan ada sesetengah tu bila tengok org lain naik tinggi mula lah rasa panas.. Mula lah dalam kepala tu merangcang macam mane nak cantas sayap org lain.. DAMN .. Honestly mmg Nadia tak suka kalau ade orang yang jenis macam nie.. PANAS dengan kejayaan orang lain..

Kalau dah nampak orang tu jatuh tersungkur boleh pulak die tanya "ha macam mane sakit tak?"

HIDUP NI MACAM RODA, KADANG2 KAT ATAS KADANG2 DI BAWAH

yap itu mmg ungkapan yang sesuai utk orang yang dah terbang tinggi but terjatuh di tengah jalan.. Tapi macam tak adil kan kalau kita terus hukum dan terus cakap "tulah malas lagi ko ingat senang ke kalau dah berjaya dan nak kekalkanya".. Wah wah hebat betul kan.. Kita kene lah tanya yang tuan badan tah tah die dah penat ke terbang, just nak ambik nafas untuk teruskan terbang yang lebih tinggi.. Sapa kata tak penat nak terbang tinggi tinggi..


Okeylah hope kita akan dan boleh teruskan hidup.. Komen yang buruk mmg bagus untuk kita pertingkatkan usaha kita agar kita kekal terbang tinggi.. TINGGI HINGGA KE AKHIRNYA..

BYE And ADIOS

p/s :- teringin nak makan bubur kacang hijau.. sedap nye kan..

TERIMA KASIH BACA ENTRY INI, SILA LAH COMMENT..^_^

Wednesday, December 18, 2013

Insomnia.. Rindu Sang Mimpi..

Hi Semua..

Kebelakangan ni mengalami masaalah Insomnia atau dalam bahasa melayu nye Susah nak tidur di malam hari,. Kenapalah benda nie boleh melanda kan sedangkan Nadia nie kaki tidur.. Selalunya kalau jam 10 malam je dah mengantuk tahap gaban tapi sekarang pukul 4 pagi pon belum tentu nak mengantuk.. Macam macam usaha dah buat tapi tak berjaya juga..

Meh kita tengok tanda tanda seseorang tu dilanda INSOMNIA

1) Susah tidur walaupon Jam dah jauh malam. 4-5 Pagi masih terkebil kebil atas katil.

2) Tidur sekejab pastu terjaga dan terus rasa dah tak mengantuk.. Than terkebil kebil atas tilam pulak..

Ha tu antara tanda tanda seseorang itu dilanda INSOMNIA.. Memang kalau tengok bende nie macam tak bahaya tapi percayalah INSOMNIA nie sangat menyusahkan.. Kenapa ianya menyusahkan? Kan best boleh layan internet sampai pagi. Hahahaha mmg betul tapi percayalah memang menyusahkan sebab susah nak bangun pagi. Memang akan selalu terbabas solat subuh..

Jom kita tengokk pulak ape sebab seseorang tu mengalami INSOMNIA atau susah tidur.

1) Banyak fikir sebelum tidur. Mungkin fikirkan ape yang perlu di buat esok hari atau senang kata berangan..

2) Cemas atau stress.

3) Sebab ada penyakit seperti asma, Jantung, sering buang air kecil atau otot tegang.

4) Perubahan pola hidup seseorang.

5) Suka minum kopi sebelum masuk waktu tidur atau menonton filem seram.

6) Pola makan yang tidak teratur.

Okey Setelah kita tahu penyebab nye mai kita tengok pulak cara-cara untuk mengatasi INSOMNIA.

1) Tenangkan diri sebelum tidur.. Okey antara cara untuk tenangkan diri sebelum tidur:
     - Mandi dengan air suam sebelum tidur
     - Minum susu suam. Baik untuk melegakan otot otot yang tegang
    
2) Jangan makan makanan yang berat-berat sekurang kurang nye 2 jam sebelum tidur..

3) Jangan minum minuman yang mengandungi kafein dan beralkohol.

4) Ciptakan suasana tenang seperti mendengar lagu-lagu yang tenang atau mendengar ayat-ayat suci al-quran.

5) Sembunyikan jam dari pandangan kita.  Ini akan membuat anda menghitung waktu. dan menyebab kan anda stress. :)

6) Membaca buku. Jangan pulak baca novel cinta, karang makin tak mau tidur sebab best sangat. hihihihihi baca lah buku buku yang boleh mengungdang sang mengantuk.



Okey sekarang dah tahu cara nak mengatasi insomnia so sekarang hope malam nie boleh lah tidur bermimpikan sang jejaka tampan.. kakkakak harapan setinggi gunung kan.. Okey lah kita sambung next time pulak ye..


p/s : kebelakangan nie asik tergila-gila kan sang jep sepahtu pulak.. kakkakakk adakah ini salah satu penyebabnye insomnia ku melanda?




TERIMA KASIH BACA ENTRY INI, SILA LAH COMMENT..^_^

Tuesday, December 3, 2013

Matahari, Hujan & Pelangi

Hi...

Hari nie mendung dan sejuk.. Selepas semalam seharian hujan tak henti-henti.. Seronokkan sebab nadia pon menganggur sekarang, sesekali melayan hujan tanpa rasa bersalah.. hiiiihihihihi ye lah kan selalunya kalau kat dalam office dengan guruh kat luar terus akan terucap..

"ha, nak hujan lah kalau kat rumah nie best nie boleh tido"..

Hiiihihihih tapi semalam seharian hujan.. Still jugak bangun kol 6:30 pagi dan tido balik jam 11 malam.. Tak de maknenye nak tido ke nak bermalas malas kat atas katil ke  kan.. hihihihihi

Entry nie di taip sambil dengar lagu Sendiwara cinta.. hihihihihih okey mungkin tak de motif cuma nak melayan perasaan..

 Mungkin hujan semlam akan ada pelangi hari nie? eam Betol kata org kalau melayan perasaan mmg boleh sakit jiwa.. Silap-silap boleh masuk rumah sakit jiwa kan.. Macam-macam masaalah melanda sekarang semua yang lama-lama kesalahan nak datang menuntut hukuman sekarang.. Eam tapi tak pe Nadia masih pegang pada ayat kat atas tu.. Rasa macam nak cepat-cepatkan masa dan berharap semua dapat selesai dengan aman dan tenang..

Okey lah kalau membebel memang lah macam tak de motif kan.. hihihihi dah mau chau dulu nak sambung mencari ketenangan jiwa..

p/s :- Sekarang Nadia nak mencari movie movie lama untuk ................ ":)

TERIMA KASIH BACA ENTRY INI, SILA LAH COMMENT..^_^